Dan seorang pakar astronomi berkata,
"Guru, bagaimanakah ihwal Waktu?
"Dan ia menjawab:
Kau ingin mengukur waktu yang tanpa ukuran dan tak terukur.
Engkau akan menyesuaikan tingkah lakumu dan bahkan mengarahkan perjalanan jiwamu berdasarkan jam dan musim.
Suatu saat kamu ingin menciptakan anak sungai, di mana atas tebingnya kamu akan duduk dan menyaksikan alirannya.
Namun keabadian di dalam dirimu ialah kesedaran akan kehidupan nan abadi,
Dan mengetahui bahawa semalam hanyalah kenangan utk hari ini dan esok ialah harapan dan cita-cita utk hari ini.
Dan yang menyanyi dan merenung dari dalam jiwa, sentiasa menghuni ruang semesta yang menaburkan bintang di angkasa.
Siapa di antara kalian yang tidak merasa bahawa daya mencintainya tiada batasnya?
Dan siapa pula yang tidak merasa bahawa cinta sejati, walau tiada batas, terkandang di dalam inti dirinya, dan tiada bergerak dari fikiran cinta ke fikiran cinta, pun bukan dari tindakan cinta ke tindakan cinta yang lain?
Dan bukanlah sang waktu sebagaimana cinta, tiada terbahagi dan tiada kenal ruang?
Tapi jikalau di dalam fikiranmu gres mengukur waktu ke dalam musim,
biarkanlah tiap isu terkini merangkumi semua isu terkini yang lain,
Dan biarkanlah hari ini memeluk masa silam dengan kenangan dan masa depan dengan kerinduan.
:+: Khalil Gibran :+:
Sumber http://kickfahmi.blogspot.com:+: Khalil Gibran :+: